Friday, February 20, 2009

merapu bahgian satu

dan maka bermulalah suatu nukilan yang tiada tujuan selain hanya satu bentuk gaya-bebas,membiarkan amukan minda bermaharaja lela tanpa kawalan terbang bebas diruang karya tanpa budi bicara tentang isi tentang maknatentang hala tentang aturcara.hanya jemari yang berlari di kekunci sambil disuluh cahaya samar dari paparan cecair.tanpa tujuan jejari terus berlari,tanpa hala minda terus berkelana.tanpa tahu kemana pergi waras,tanpa kisah apa jadi dengan arah.pun begitu dalam kesamaran ada jua satu panduan.dalam kekalutan ada juga satu peradaban.dalam kegawatan ada juga satu kelegaan.tanpa perlu ia berlalu,tanpa mahu tapi bertemu.tanpa dekat tetap rapat.tanpa suara tetap bicara.tanpa setuju tetap bersatu.tanpa hala tetap berjumpa.tanpa pilih tetap terisih.tanpa seteru tetap beradu.namus sesekali akal mempengaruhi minda.hati didahului serakah.waras dipintas gila.kerana pasti ada saat dimana yang dirasa bukan yang dikata.yang berbicara bukan yang bersuara.yang merasa bukan yang bersama.pasti ada suatu yang begitu disudut ceruk antero semesta yang begitu luas terbentang didepan minda tak tercapai tangan mahupun minda jika tanpa semua yang ada dalam benak kepala yang bukan calang calang upaya.jika tidak kecundang ,ia bukan diundang.jika tidak binasa dia bukan biasa..jika tidak berjaya dia bukan waja.dia mahu beritahu namun kelu.dia mahu pergi namun terkunci.sebalik zahir ada terjemahnya.sebalik hati ada budi.sebalik jasa ada bicara.sebalik bela ada dakwa.sebalik hukum ada kerana.sebalik suap ada riba.sebalik pinjam ada geramsebalik masam ada gula.suka suka sahaja dia berkata kenapa hanya tinta yang dipinta.kenapa tiada berita dalam bicara.kenapa kosong dalam hitung.kenapa berlalu dalam sendu.kenapa begini bukan begitu.kerana hanya satu bukan seribu.kerana hujung tiada punca.kerana besar tiada taranya.kerana bentuk tiada acuannya.kerana tanam tiada timbusnya.kerana bicara hanya sementara.kerana rasa hanya satu perkara.bukan dia yang dicari.namuh dia juga datang lagi.bukan tidak diundang tapi pergi lintang pukang.kerana amuk dia remuk.kerana sendiri dia sepi.lantas benak dan sanubari ini jadi sepi kerna tiada lagi tawa riang orang yang girang setelah pulang dari seberang tang terang benderang walau berperang dengan dendam yang dalam yang hitam yang dipendam.pekatlikat.melekat.terpahat.sampai bertemu lagi dalam sambungan bicara ini..

No comments:

Post a Comment