Saturday, January 31, 2009

sebulan yang telah berlalu

(sedikit "ruangbelakang" akan berlaku didalam catitan kali ini..sebanya akan diterangkan kemudian)maka berakhirlah sebuah bulan pertama tahun yang tidak lagi sangat baru ini..apakah yg telah anda anda capai setakat ini..saya..tiada apa...masih lagi menganggur...masih lagi belum memiliki sesuatu yang bersifat kebendaan yang boleh dibanggakan..(bukanlah maknanya saya mahu berbangga dengan memiliki sesuau yang bersifat begitu,tetapi secara jujurnya siapakah yg tidak,jika dia memiliki sesuatu yg mahal dan berharga) dan saya masih lagi "merempat" dan tiada sebuah sarang yang saya boleh gelar kepunyaan saya....dan semakin detik saya menghampiri angka itu..angka sebuah perubahan..secara benarnya saya sudah disana(di angka itu) tetapi sifat penafian didalam diri saya berjaya membisik yang saya belum disana..maka saya menerima penafian itu didalam sedar...sebulan ditahun baru...adakah saya menafaatkan sebulan ini dengan sepenuhnya...suka saya mahu berkata ya,namun malangnya saya tahu saya tidak...tidah memanafaatkannya dengan bersungguh sungguh..jadi ketiadaan manafaat dan perubahan yang tidak berkalu dibulan ini adalah sesuatu yang tidak patut diletakkan salahnya kepada perkara lain selain diri sendiri.dan kerana tiada azam yang dipasang buat tahun ini selain mendapatkan pekerjaan yang membolehkan saya mengejar cita kemewahan setelah sebab selaman saya berubah ekoran perbelanjaan besar yang dihabiskan untuk pensijilan,makan kiranya azam saya buat tahun ini sudah hampir sepuluh peratus gagal setakat catitan ini ditulis.bagaimana dengan bulan mendatang...sejujurnya saya merasakan ada sesuatu akan datang kearah saya pada bulan kedua ini...tetapi adakah firasat saya ini berasas atau hanya perasaan semata...tetapi sementara sehingga saya mendapat kerja saya,bosan dan tertekanlah saya...dan dalam kebosana itu mulalah saya menpersoalkan kehidupan,hala tujuan...dan menjadikan perasaan ini semakin tertekan...(there goes..an article without any single borrowed english words....so DBP can be a lil happier...)

No comments:

Post a Comment