Monday, August 24, 2009

satu,dua,tiga

sagak lama juga saya berkira-kira nak menyentuh isu ni sebenarnya.politik.yes politik..saya cuba untuk tidak ambil pusing tentang politik semasa negaraku yang tercinta ini..mungkin dah muak dengan semua tu.muak dan meluat.kalau di tempat lain,iklim politik mereka bertambah baik seiring dengan perkembangan dan pembangunan ekonomi,tapi tidak disini.semakin kita bertambah maju(or so we were being told),politik kita semakin mundur..semakin banyak taktik kotor,manipulasi dan sewaktu dengannya digunakan dalam memastikan kepentingan terjaga.tapi itu bukanlah isu yang saya nak bangkitkan disini.yang saya nak bangkitkan disini ialah polisi/kempen/tagline terbaru yang dicanang-canangkan di media kita kebelakangna ini..saya tidak akan menyebut secara lansung tapi rasanya anda tau apa yang saya maksudkan.adakah mereka yang menganjurkan kempen ini sebenarnya benar benar ikhlas atau cuma satu propoganda untuk memenangi hati rakyat(atau lebih tepatnya memenangi undi).kalau mereka ikhlas,kenapa mereka tidak menubuhkan sebuah parti untuk semua parti.bubarkan semua parti berasaskan kaum itu dan tubuhkan parti "malaysia" seperti mana meraka canangkan itu.yang lebih menyakitkan hati,mereka jugalah yang sebenarnya suka menggunakan tiket bangsa dalam pelbagai isu.dan izinkan saya bertanya,apa dah jadi dengan wawasan kita..adakah kita masih menuju kearah wawasan itu..

No comments:

Post a Comment